Kalau dulu nak pergi tandas, mintak pimpin erat tangan.
Kalau dulu nak tidur, mintak usap manja rambut.
Dulu dan semalam, hanya sampai semalam.
Aku rasa hidup aku tak sempurna tanpa kamu semua.
Tapi hari ini, ego aku berdegil suruh lupakan sahaja.
Bukan sombong tapi penat.
Tak ada siapa pun yang salah, hanya mungkin aku dah tersusur jauh ke lorong lain.
Tangan aku dan engkau semua bukanlah elastik,
lambat-laun terlepas juga.
Biar lepaskan sekarang sebelum parah melantun kuat.
Jumpa lagi di pelbagai laman social.
Aku janji akan double tap gambar kamu semua sebagai tanda aku rindu.
No comments:
Post a Comment